Tuesday, 10 May 2011

otak mula berjiwang....PERGHHH!!!

Hi sume,
sorry kalu kali ni post agak jiwang. sebenarnye aku rase otak aku perlu diformat kerana dengan tidak semena-mena aku jadi makan x kenyang, mandi x basah n tidoq pun xmau lena. apa la kena dengan aku ni kan. sebelum ni belum pernah terjadi kepada diriku yg monster ini. senang cita mybe aku kena penyakit angau kot. tapi angau kt sapa tu xleh cita la kt public ni. hehehe. biarlah hanya Allah saja yg mengetahuinya.

kisahnya bermula mcm ni...
pada suatu hari burung-burung mula berkicauan( mcm kak limah plak so x best lhaaaa)...
di suatu malam yg dingin, termenung aku dihadapan facebook di dalam bilik malinja B125. akibat kebosanan yg melanda aku pun check je la profile membe2 ku ini. dengan tidak semena-mena teringin pula dihati mengomen status membe ku ini.

Beberapa minit kemudian,
terdapatlah notification merah di profile ku. ada kawan kepada membe ku ini telah membikin hati ku radang namun begitu aku tawu itu hanyalah LAWAK JENAKA. aku pun membalas nya dengan hati yg terbuka dan girang. kami x pernah berkenalan tapi malam itu kami bergaduhan di status. lama kelamaan kami sudah tidak berkomen lagi.

selepas final,,,
pada malam tersebut aku kluar la dgn membe ku ini. ingin saja ku terangkan bahawa aku mula menyukai kawannya yg garang itu. tapi entah kenapa hati ku tidak kuat malahan terasa ingin mengenal dirinya terlebih dahulu. aku pun add la heroin garang itu. kami berdamai dan mengecapi kata sepakat iaitu "PEACE" dan xnak bergaduh lagi.

persahabatan terjalin....
setelah beberapa hari berkenalan perasaan "PELIK" itu datang lagi. makan mulai tidak terasa kenyang. mandi ku tidak terasa membasahi, dan tido ku mulai tidak lena. semenjak itu aku ber"FACEBOOK" setiap malam menunggu heroin garang itu muncul. adakalanya aku tidur pukul 3 pagi kerana menunggu dia. hati ini tidak pernah jemu menunggu dan terus menunggu. seribu persoalan bermain di hati dan pemikiran logika ini. "adakah dia . . . ??".

waduh.....
gawat terus kalau aku terus angau begini. bisa sakit. hahaha. mode : indon menerpa seketika.
aku sanggup menunggu dia terus kerana aku percaya pada naluri dan perasaan ku ini.
aku harap ini adalah cinta hati ku yg muncul dan tulus selama-lamanya.
berdoa dan terus berdoa agar dia mempercayai aku seperti mana aku mempercayai naluri dan perasaan ku. aku berharap agar memperoleh peluang untuk membuktikan "rasaku".

jiwang sungguh cuci otak ni...
muka legend tapi hati kiut....hahahaha
=============>>  <3  (  haduiiii kena panoh ) .......just the way u are

2 comments:

  1. muka lagend tapi hati cute :))
    amboi amboi, macam tau jekk..

    ReplyDelete
  2. hehehe....org legend pun bole tacing

    ReplyDelete