Tuesday, 10 May 2011

rumah otak masuk ulaq

9 MAY 2011, BERNAMA;
"reported by a person named otak today as his house has been entered by a snake."

wah ape cite ni, hahaha. Actually mcm nie. kemarin umah aku masuk ulaq. time tu aku tgh membuang hajat. Dengan tidak semena-mena mak aku menjerit then terus lari g depan. aku just ingt kucing masuk umah ke. aku rilek je la. aku pun dengan bangganya kluar dari tempat hajat dan menuju ke ruang tamu untuk membuang kucing yg ku sangka membuat onar ni semua. after that, mak aku ckap "ada ulaq". aku tny la "kat mana ulaq tu mak". mak aku ckap "tudia". dengan menunjukkan jari ke arah atas tingkap dekat syiling sebelah tempat aku buang hajat. aku terkejut la jugak sbb mak aku x bagitahu lokasi musuh aku berada. bayangkan time aku kluar dengan selambanya tiba2 ulaq tu "ketit" aku. x ka naya??

aku dengan ligatnya berfikir untuk membuang ulaq tu. mak aku panggil jiran sebelah. then jiran aku tu ckap tu ulaq "pucuk" sejenis ulaq yg panjang lampai x besaq sangat dan x berapa bisa la. aku bajet dalam sedepa cmtu la panjang dia. kami berhempas pulas nk buang dia tapi bila kami nak buang dia hilang. beberapa kali trial nak buang dia hampa sbb dia hilang secara tiba2. lokasi musuh bersembunyi tidak diketahui. aku dapat idea dan hanya menunggu untuk dia sua kepala ja. selepas beberapa minit aku nampak bayang kepala dia. then aku g umah jiran aku tu dan aku kluar melalui pintu belakang umah dia. tujuannya x mau bagi ulaq tu perasan aku nak p kt dia satg dia "sentot" terus hilang.

masa aku p kt belakang tu aku terkejut gak la sbb agak besaq gak la.
dengan menggunakan kayu dan bantuan jiran aku terpaksa membunuh ulaq tu dengan mengetuk kepala ulaq tu. ulaq tu agak kuat dan degil gak la sbb asal aku katok x kena dia patuk kayu aku. aku dengan baranya bajet betul kt kepala dia n katok. kali ni cubaan aku mengena pada sasaran dan ulaq tu mula penin. aku mengambil kesempatan ni mengetuk kepala dia skali lagi. then dia tambah2 penin dan x dpt melawan balik. aku amik kesempatan ini dengan menenyeh kepala dia dengan kayu aku. ulaq tu then terus muntah darah n kepala dia pecah. berderai la darah ulaq tu ke tanah dan lemah. then jiran aku tarik ulaq tu ke bawah. mak aku dari dalam rumah yg menyaksikan pergelutan itu menjerit " fairuz katok kepala dia sampai hancuq, katok lagi, katok lagi!!!!". aku hanya menurut arahan ibuku. aku katok sampai jadi belacan kepala ulaq tu. pastu aku angkat aku p buang kt tempat jauh tanah merah tengah panas. badan ulaq tu masih gerak tapi kepala dia dah jadi habuk akibat jurusan pukulan kayu aku. so keadaan dapat dikawal mak aku tetap panik lagi dengan inccident ini mengakibatkan aku x bole kluar rumah. aku x kisah dan hanya menurut sahaja. hehehe.


ni la rupa ulaq yg kena katok tu.

1 comment:

  1. mumu jdi super heroo untuk mak yeaa mumu... u are myman.... ^_^

    ReplyDelete